Monday, July 22, 2013

VERY TRUE!!

Ibu arwahyarhamah adik Nawal Iris kemungkinan didakwa kerana cuai?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bukan cuai la akak oiiiiiiiiii.....banyak benda yang cikgu-cikgi sekarang nak kena pikiaq.....terkejaq ke sana sini.....buat itu ini....tekanan kerja toksah cite, bukan ada yang faham depa....akak pun 2x5 5x2 je dengan sesetengah 'pengomen' yang komen bagai depa tu malaikat...macam depa ja sempurna tiada cacat cela...

Tragedi ini baru secebis sahaja dari cerita para 'pendeta'......Kalau nak coret satu persatu banyaknya tak terkira....Kalau abg long yang setahun jagung ni coret nanti ada pula 'suara-suara sumbang' yang mengata yang depa ni 'pendidik manja', tak pasai2 yang mengata dapat free2 dosa...yang dikata sakit hati terluka....

Ada dikalangan 'pendeta' ni yang buat kerja sukarela, bawa anak murid sertai pertandingan dimana2......tetibe kemalangan berlaku secara tak sengaja, mereka sikit pun tak dibela.....disalahkan lagi ada.....lumrah orang kita zaman dipenghujungnya....tiada respek pada guru dan juga ulama....

Sebelum ni saya ada tulis tentang tragedi ini di SINI. Berat mata akak melihat, berat lagi kesakitan...lelas hati dan luka perasaan yang ibu arwahyarhamah Nawal Iris ini alami.....Bukan beliau seorang sahaja rasa kehilangan tetapi seluruh jemaah keluarga beliau merasai sakit 'kehilangan'.

Sudah la jiwa beliau merana kerana kehilangan orang tersayang, sekarang akta yang ada   nak diguna pula atas suratan yang tak pernah beliau angan dan impikan. Oh......saya lupa, mungkin dengan cara itu sahaja kita mampu memperlihatkan rasa simpati.

Bukan abg long nak menyalahkan takdir Tuhan atas suratan yang telah berlaku terhadap arwahyarhamah adik Nawal Iris dan keluarganya, cuma abg long nak tanya....betul ke kerana cuai? Sebelum nak kata cuai, ada baiknya selidik dulu faktor luaran dan dalaman terjadinya tragedi ini......Cu cite kat abg long ni ha.....Ada tak sesape yang tengah baca celoteh abg long ni yang mahu orang kesayangan mati secara tragis? 

Banyak benda yang perlu difikirkan oleh ibu arwahyarhamah Nawal Iris dan rakan2 seangkatan dengannya..... mesyuarat.... pbs...... kssr.... e-operasi.... eslpg..... bla...bla...bla.... tugasan dan tekanan  tak pernah memberi mereka peluang untuk berdada lapang....

Tahun berganti tahun.....PRU berganti PRU......Menteri silih berganti.......pengarah datang dan pergi.......namun kemaslahatan para 'pendeta' seperti ibu arwahyarhamah Nawa Iris tetap tang tu juga.....

Dah lama cerita ceriti ceritu konon-kononya 'orang-orang' disinggahsana sana nak buat pembaikan dan memartabatkan profesion keguruan ni......dah berbuih mulut 'orang itu' 'orang ini' duk canang sana sini.....Tapi, pi mai pi mai tang juga.....'orang itu' 'orang ini' silih berganti tapi habuk pun tarak nampak lagi......makin kusut ada..

Yang ada kini, para 'pendeta' makin terbeban dengan tugas yang bukan hakiki......siapkan failing dah macam tugas rasmi, kerja kerani pun dibantainya sekali.....Macam2 kerja dan tugas ntahapaapantah memang dah sedia menanti......Tugas mendidik dah jadi sipi2....Pengeluaran 'modal insan' umpama bermimpi disiang hari.....Apa boleh buat bila 'orang-orang' disinggahsana masih tak sudi memijak bumi realiti.

Abg long cuma nak habaq, orang lama pernah pesan, "Hanya jauhari yang mengenal manikam."

Angpa yang singgah baca blog abg long ni boleh baca ulasan akak menteri Datuk Rohani berkenaan tragedi arwahyarhamah adik Nawal Iris kat SINI.

Teringat pesan ustaz suatu ketika dulu, "Agama menyarankan kita melapangkan urusan orang, bukan menyempitkan lagi ruang."

Fikir-fikirkan dan selamat beramal..

Jazakallah.

No comments: