Friday, August 21, 2009

More DIED due to H1N1

As of today the tally has increased to 68 fatalities.
The Minister if Health said that the government would contemplating declaring a health curfew if the mortality rate goes above 0.4 per cent.

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
21 Ogos 2009


Dimaklumkan sehingga 21 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 257 kes baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital, manakala 234 kes telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1556 kes sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 3 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 220 kes (14%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 220 kes yang disahkan H1N1, 44 kes berada di ICU di mana 12 kes merupakan kemasukan baru sementara 3 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 20 kes (45%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), hamil dan bersalin (4), bayi (4), asma (2), obesiti (2) dan kanak-kanak istimewa (1).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan pada hari ini.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 buah negara. Sehingga 21 Ogos 2009 jam 8.00 pagi, terdapat peningkatan kes jangkitan influenza A(H1N1) sebanyak 2073 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 233,342 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 46 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,399.

Kementerian Kesihatan mengambil maklum kesukaran mendapatkan bekalan ubat antiviral pada masa kini. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan bekalan ubat antiviral dari fasiliti kesihatan swasta yang menyertai rangkaian Klinik Cegah dan Rawat H1N1 yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia pada 20 Ogos 2009. Ianya boleh diperolehi pada harga tidak melebihi RM80.00. Bagi fasiliti kesihatan swasta yang ingin menyertai rangkaian tersebut, sila layari http://www.h1n1.net.my/ untuk maklumat lanjut.

Orang ramai digesa untuk memberi perhatian serius tentang langkah-langkah pencegahan jangkitan influenza untuk mengekang penularan wabak H1N1. Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk mengutamakan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

1. Apabila berada di tempat awam yang sesak, adalah dinasihatkan supaya individu-individu yang mempunyai symptom influenza-like illness(ILI) memakai mask bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza kepada orang ramai.

2.
Bagi individu-individu yang mempunyai faktor risiko seperti wanita mengandung, asma, penyakit paru-paru yang kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti yang rendah adalah digalakkan memakai mask bagi mengelakkan mereka mendapat jangkitan.

3.
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan mendapat komplikasi akibat jangkitan.

Kementerian Kesihatan ingin terus menegaskan bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada kumpulan-kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

1. Individu yang mempunyai gejala influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko seperti wanita mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti rendah.

2. Individu yang mempunyai gejala ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

3. Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika gejala jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Maklumat semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03­88810300 dan juga laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. Kementerian Kesihatan Malaysia meminta orang ramai terus memberi kerjasama berterusan untuk menangani penularan wabak ini.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 21 Ogos 2009

No comments: